SELAMAT DATANG KE KELAB PENCEGAHAN JENAYAH MAKTAB SULTAN ISMAIL

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PENCEGAHAN JENAYAH MAKTAB SULTAN ISMAIL (SIC) KOTA BHARU

Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke laman ini. Sekiranya anda mempunyai idea, pandangan atau ulasan tentang KPJ atau laman ini, silalah berhubung dengan kami. Kami mengalu-alukan sumbangan anda sama ada berbentuk artikel, gambar dll. untuk menjadikan laman ini lebih bermakna dan bermanfaat. Berikut adalah alamat perhubungan kami:

MAKTAB SULTAN ISMAIL
Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel : 09-741 8772
No. Fax : 09-748 2161
E-mel : kpj.maktabsultanismail@gmail.com

Wednesday 30 April 2014

Pemurnian Papan Notis & Penghasilan Rakaman Mesej

Pada hari ini, Sir Safwan dan Teacher Jen hadir ke sekolah bagi tujuan pemurnian papan notis kelab dan penghasilan rakaman mesej. Hasil kerjasama dan bantuan daripada guru-guru dan pelajar-pelajar, papan notis dan rakaman mesej sedia untuk dibentangkan dalam pertandingan peringkat sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu!

Papan notis Kelab. Diharapkan maklumat yang dipamerkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar tentang pencegahan jenayah.


 KAMI BENCI JENAYAH!

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian dan kerjasama pelajar-pelajar untuk membantu kami! :)

Monday 28 April 2014

Keterangan Logo KPJ

"Mencegah lebih baik daripada Memerangi"

1. Huruf K.P.J ialah singkatan Kelab Pencegahan Jenayah.

2. Bulatan berbentuk mata melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.

3. Warna merah melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

4. Warna biru melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli.

5. Warna kuning melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara.

6. Latar belakang berwarna putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah.

Sunday 27 April 2014

Pengenalan

Blog Kelab Pencegahan Jenayah Maktab Sultan Ismail ini ditubuhkan oleh En. Muhammad Safwan Mohd Fuad dan Cik Khor Jen Yong. Blog ini dicipta sebagai sokongan kepada aktiviti KPJ sekolah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara maklamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) termasuklah:

  • Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka
  • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman

Melalui maklamat yang dinyatakan di atas, kami juga mempunyai aspirasi untuk mencapai objektif-objektif berikut:

    1. Melahirkan kesedaran dan nilai tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
    2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid
    3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah
    4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian
    5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Dengan kerjasama semua pihak, kami berharap usaha ini mampu menyumbang kepada kesedaran untuk mencegah jenayah di sekolah kita. Marilah sama-sama membanteras kegiatan jenayah untuk menjayakan sekolah sifar jenayah!

# Ke arah SIC Sifar Jenayah! #